Cinta Itu Abadi

“ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.” – Sabda Rasululluah S.A.W untuk Siti Khadijah R.A


Above all the love story i ever heard..Rose n Jack, Romeo n Juliet, Shah Jahan n Mumtaz Mahal, Son Goku n Cici, i never cry so much tears as much as i heard the love story of our own Rasulullah S.A.W with the most precious Saidatina Siti Khadijah R.A.

Tell us which man in this world tidak mengimpikan wanita sebaik Siti Khadijah R.A? Which woman in this world tidak mahu menjadi seperti Siti Khadijah R.A?

Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W.  Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.

Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.

Allah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.

Sewaktu di tanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”

Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.

Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini. -Cite from HasifMuslim

Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah..

Kepada lelaki yang bergelar suami..

Pasti isteri anda tidak sebaik Khadijah, kerana anda pun tidak semulia Muhammad SAW. Namun apa salahnya cinta sejati itu diteladani dalam mengharungi cinta suami-isteri masakini. Yang berubah hanya ‘alat-alat’ teknologi, tetapi bukan soal hati. Hukum cinta tetap abadi dan hakiki – untuk disayangi, mesti terlebih dahulu menyanyangi! Jangan kau lupakan jasa insan yang bersamamu ketika kau ‘merangkak’ agar engkau tidak tersungkur semula bila sudah di puncak.Jika alam boleh bersuara, pasti semuanya akan mengingatkan akan betapa besarnya ’saham’ seorang isteri pada kejayaan seorang suami.

Jangan kau melupakannya, kerana melupakannya bererti kau melupakan dirimu sendiri. Jangan melihat ‘pucuk muda’ di hujung dahan sehingga kau lupa ‘akar tua’ yang menumbuhkan pepohonan. Insan semulia Muhammad SAW itupun masih mengenangkan jasa isteri, apalagi anda insan yang biasa-biasa ini… Jangan gigit tangan yang terus rela dan tega bersamamu dalam perjalanan ini. Kenang dan balas jasanya sementara dia masih ada. – Cite fromPahrol Mohamad Juoi

Dari Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian ada seseorang yang melintasi tempat itu. Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w: “ Wahai Rasulullah, saya mencintai orang itu.” Maka Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah kamu sudah memberitahunya?” Ia menjawab: “Belum.” Rasulullah bersabda, Beritahulah kepadanya.Dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata: “Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah.” Sahabat itu membalas: “ Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku kerana-Nya.” (H.R. Abu Daud: Sahih)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: