Silent itu saya

Aku tak suka bercakap sebenarnya.

erk..yeke?

erm..aku rasa macam tu lah.

aku cakap bila perlu dan bila dengan orang yang aku rasa nak cakap.

tapi aku suka cakap dengan makcik2 yang aku tak kenal dan baru jumpa

aku pun taktau kenapa..best ah.

kalau korang rasa aku banyak cakap dgn korang itu bermakna aku selesa dgn korang.

cakap ok,bukan text,bukan komen,bukan tulis,bukan taip.

aku suka tengok orang sebab aku rasa..

action speaks louder than words.

dan jangan terkejut kalau aku boleh teka kau nak cakap apa.

kadang2 bila cakap dengan orang,aku tau dia tipu tapi aku tak cakap apa2 la,nnt dia malu pulak.

aku bukan bongkak dan megah dengan statement tu ye tapi itu mmg aku rasa la.

aku jenis pendam.

aku gembira ke aku sedih ke aku penat ke aku sayang ke aku simpan.

sebab aku memang taktau nak guna ayat apa expres benda2 tu.

so end up,aku tanggung sorang2.

paling ketara bila aku sedih.

kwn baik aku pun aku cakap mcm tu je..aku cakap aku sedih tapi macam tak sungguh2.

padahal sedih aku memang sedih tahap sedih duka pilu taktahan tanggung sorang2.

last2 aku tido sampai airmata kering.

bangun2 mata mcm bola.

bila orang tanya.

tengok movie sedih.

aku rasa lebih baik aku fake yg aku happy sebab tak payah explain yang aku sedih.

payah tau nak explain. aku tak pandai cakap.

yang aku tak suka kalau aku cakap,mesej macam tak sampai..

mcm…bukan tu yang aku rasa,pastu blur2 nak cakap apa last2..korang takkan pahamlah.

jadi orang kecik ati.aku malas.

baik ati aku yang kecik sendiri

kalau aku marah pun aku malas nak cakap.

lantak kau lah.

aku lagi suka fikir dia ni kenapa buat perangai bikin sakit hati.

ada sakit ke?ada problem ke?pastu aku main teka sendiri carik jawapan.

tapi aku pernah jugaklah maki hamun orang.

annoying gila,aku sabar bertahun2.aku cuba fikir positive side dia.

tapi tak dapat.last2 aku marah tapi itupun tak marah sangat.

pastu aku rasa bersalah.

wth?baik aku tak payah marah.

dan memang aku tak suka marah pun.buang masa.

sama la bila aku sayang orang.

janji aku tau aku sayang dia sudah.

tapi aku nak jugak kadang2 bgtau.

aku tulis,aku taip tapi bila aku nak cakap macam tersekat.

so aku diam.

bila aku diam,aku takut dia salah faham.

jadi aku nak cakapla tapi aku taktau nak guna ayat apa.

aku pun pelik.

bahasa melayu aku A1.bahasa Inggeris aku A2,muet aku band 4.Kemahiran Berbahasa Melayu aku A-.bahasa mandarin A.alhamdulillah.

jadi mana silapnya aku tak boleh mengolah ayat?

so aku simpulkan aku agak cemerlang sebab semua tu tak memerlukan aku bercakap,tulis je kan kecuali muet,tu yg band 4 je.

haihh..

tapi kerja aku memang memerlukan aku bercakap.

bisu apa cikgu nih.baik tak payah masuk kelas.

masuk kelas mood happy.

aku ok je kalau happy.

tak payah risau mesej tak sampai ke apa.

tapi hal2 peribadi macam hadoii.

cukuplah aku sorang2 tau.

sakit payah nak bangun balik hidup semula tu pun korang rasa macam senang je aku buat kan.

memangla sebab aku tak cakap apa2.

so korang tak dapat tau.

jadi biarlah aku macam ni.

diam itu saya.

biarlah rahsia itu siti.

tapi aku gembira sebab aku dapat kawan yang sangat rajin bercakap.

aku tak cakap,aku tengok je dia cakap.

Saying nothing sometimes says the most.

and yes…

silence is sometimes the answer.

carikla sendiri aku nak cakap apa sebenarnya thru my silence.

**entry berbual kosong sebab aku tak pandai berbual.kagum aku korang baca.hehe.terima kasih.

4 responses to this post.

  1. Terbaek!! Silence… hahaha.. Sangat berbeza dengan aku….

    Reply

  2. Posted by anamingo on July 23, 2010 at 8:36 pm

    no matter hw quite u r.. ill owez love u n love to share n listen to u dear..🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: