Archive for the ‘CAREER’ Category

Second Touch

Hari tuh aku ada story pasal interview tak jadi kan? Well,atas dedikasi leader..dapat jugakla kitorang diinterviewkan next week. Thanks tau. Syukur ada rezeki interview.

Hari tuh aku agak kurang selesa jugakla..kurang selesa ok, dengan kawan sekolah yang asyiklah paksa2 pihak2 itu ini interviewkan kitorang. Kontek YB bagai.Yes,betul la..we fight for our right but then when its too much,macam..omg,kau sabar boleh tak?Orang lain i mean the leader struggle tengah uruskan. Minta maaf terasa. Cuma masalahnya sekarang interview tu dekat sabah (setakat aku menulis ni) ,so jadi masalah pada kawan2 sjung sarawak. Aku harap ada penyelesaian. Aku cuba letakkan diri aku dalam kasut kawan aku dari sana..memanglah aku pun tak puas hati, tapi orang tu dah cuba sebaik mungkin kan,kalau tak ada rezeki nak buat macam mana. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta..so semestinyalah bila benda macam ni happen,kita percaya ada hikmah di sebaliknya. Tak baik marah..marah itu syaitan πŸ™‚

Announcement tak buat lagi pasal benda ni..aku tak sure tapi aku nak studyla balik. Sediakan payung sebelum hujan.

Ni masa interview tak jadi..orang ni wajib masuk kedai buku πŸ™‚

Goodluck everybody~

Cikgu Yang Kecewa

gila kentang aku membizikan diri gara2 aku dapat interview posting,tu pasal tak update. Sebok nih stadi NKRA,FPK,PIPP,MBMMBI,segala kabinet menteri, segala isu misu education,bole ke tak upsr pmr mansuh,rasional cikgu2 berpolitik..pastuh siap berpenat lelah cari balik segala sijil2 yg diperap,turun naik unibesiti amik pengesahan senat transkrip dan sewaktu dgnnya. Session aku hari nih..isnin pagi tu aku pegi cuci kereta siap baca notes tapi bila balik rumah buka facebook..mak aihhh

Kami dihalau balik..dihalang interview gara2 pengesahan senat tak valid

status kawan aku yg inteview session isnin memang menyentapkan jiwa semua..apakah?memula dekat kelantan,putrajaya,melaka..semua sama..x boleh inteview. KK ok lagi,siap lepas inteview tapi tak lama la. Naseb sama..semua balik dengan baju bergaya,rambut kemas dan otak penuh ilmu.

Nak mengamuk rasanya..tapi aku tau mengamuk ke?kawan2 dah kaw2 marah gila..maluuuu kena suruh balik.yang kitorang yg belum sampai session lagi blur nak datang ke tak. tapi kitorang decide walaupun bakal dihalau datang je,semangat kan?walaupun tau sia2 je datang..Rugi tak amik graduan cam kitorang ni tau.ni lah contoh cikgu2 yang bakal memimpin anak bangsa! πŸ™‚

nak salahkan siapa?perlu ke? pelik ya, bila kesilapan lalu tak dibetulkan,takde kemajuan namanya. tak payahla nak salahkan siapa2 cuma pihak yang terlibat buatla link antara satu dengan lain so xde isu macam nih,kerja pun buatla cepat2..4 tahun stadi tu lama,yuran bukan sikit,tolongla..siapa lagi nak tolong kan.Tak semua orang senang,banyak nak kerja cepat. Yang habis duit ratus2 gara2 interview ni pun Β banyak,beli kasut beli tiket, tolak job lain..adil la nak rasa tak puas hati kan? tapi tak apa la,ini cabaran..sikit je,lepas jadi cikgu lagi kaw2 punya stress. Takkan ini pun tak tahan kan? cuma efficient kan lah perkhidmatan pada masa akan datang, tak menyusahkan byk orang. Everything happen for a reason πŸ™‚

Nak pikir lama2 jadi migraine pulak..baik buat benda lain yang berfaedah.Β Take away the sensation inside, bitter sweet migraine in my head..Its like a throbbing toothache of the mind. Sighhh…aku nak apply jadi maid bole? Kontekla kalo perlukan aku.

i need novacaine πŸ˜₯

Mode Cikgu..ON!

Wahaha..macam la selama ni tiada mood jadik cikgu kan? Actually skrg ni zaman pengangguran sementara tunggu KPM bagi penempatan. Entah manalah aku terbuang..terima je lah,yang penting ada murid untuk diajar. Mood Cikgu diactivate bila aku tengok gambar2 lama dalam lappy nih. Yang atas ni meja aku masa praktikal dekat Sabah Science Secondary School..wah..kemain nama..SMESH la πŸ™‚ Buku MUSLIHA tu buku rujukan chemistry yang aku curik dari meja cikgu senior sini..aku pinjam sebenarnya sebab aku bagi balik kan..hehe. Buku tu memang penyelamat aku lah..series aku mati kutu baca ref book Nexus Chem tuh..kau apahal editor,kemain tinggi level nak paham buku kau. Actually boleh paham tapi macam susah nak terangkanlah to students,aras tinggi lor. Buku musliha tu aku berebut dengan another collegue aku,Baiti n Jojo..kalo tak paham je..Iza,musliha mana? Wah gitu..mcm nak carik Cikgu Musliha kan nak tanya. Cikgu tu dah pindah pun,bukunyelah jadik azimat.tenkiut. dan boleh dilihat dalam lappy..winamp dan facebook. 2 benda penting bila kesunyian dalam staff room. Kalo tak sunyi pun tetap penting gak.ehehe. Buku2 students yang aku belum semak pun ada. Aku jarang bagi homework..sebabnya aku malas nak cek. Aku prefer bagi 1 soalan yang susah banding ngan soalan byk2 tp depends la kan dengan learning objective korang.

Ini students aku,bebudak form 1 masa ni..skrg dah form 2. Aku sangat2lah seronok bila masuk kelas diorang..Science. Banyak experiment,banyakla diorang baru discover..best bila korang bagitau benda baru then excited ni diorang..yeke cikgu?oohh..rupanya. Haa..

Korang boleh abaikan perut aku. Entah kenapa macam tuh,aku pun tak sure πŸ™‚ Kelas form 1 ni best ajar sebab gaya budak2 lagi..aku suruh main,main…aku suruh tanya,tanya..aku suruh buat lagu,buat n best pulak tuh. Siap ada nama aku lagik lagu tu. Miss Iza said don’t wear black shirt..in sunny days u may feel hot. Tu jelah aku ingat lirik dia,buat lagu guna tajuk Heat.

Mesti korang tepikir kan cemana la suara aku mengajar.suara aku kan lemah lembut gitu..wahaha..janganla korang tertipu. Buku laporan supervisor aku korang tau apa tulis? Voice control good,intonasi bagus, menarik dan suara sangat kuat sehingga dapat dengar ke kantin sekolah πŸ™‚ apakah…tapi aku agak kecewa la sebab cikgu lain kalau jerit je mesti kena takut..kalau aku?

miss…lagi miss..

lagi apa??!!

jerit lagi..

jahat tau.. πŸ˜₯

aku garang lah..gambar ni aku rasa gambar paling garang..

Korang rasa? Garang kan…kann…kan…

πŸ™‚