Archive for the ‘Foods’ Category

Lok Lok Prince

Makanan nih..kalau dekat ums kitorang panggil luk luk,entah apa beza dengan lok lok. Benda sama lah. Aku panggil luk luk..makanan ni chinese la selalu yg buat but then rite now dah consider customer muslim kan..serve no pork,staff dia pun muslim.

Aku gembira sebab Putatan servay dah ada benda nih..anytime nak makan 7 minit je dr rumah 🙂

Van luk luk..luk luk ni ada queen ada prince.king xtaulah.

nyammss

dip sauce dia yg pedas amat pedas k.hari tu aku sombong dan berlagak..elehh,dia kata pedas konfem tak pedas la.

so letak sos pedas dia 2 sudu… T_T menangisss…lidah aku dah xde rasa. greentea satu kotak besar pun tak hilang lagi pedasnya. jadi aku insaf la lepas peristiwa tuh. sos yg lain mmg stone.

Memang aummmmm~

Advertisements

menu

bf kakak aku ada gerai. mee goreng dia stone ok..mama aku pun suka.

then diorang nak tukar menu baru, jadi kakak aku suruhla aku buat. aku tak kisah sebab aku suka buat tapi dalam keadaan yang tak terpaksa la,kalo keadaan terpaksa aku mmg lost idea nak design2 nih. Macam pro je kan?

aku cari kaler yang sesuai dengan nama warung dia,warung kampung melayu, dekat sembulan. Haa,kampung melayu bukan ada kat kluang je tau. antara coklat or green..jadi ofkos green 🙂

Hasil yang tak seberapa

pastu aku makan mee goreng dia..pedas adoi tapi sedap.

dulu aku ok makan pedas,tapi sejak diet yang aku tak makan apa2 tu (jangan ikut), perut aku macam reject makanan pedas.masa memula makan banyak after diet, aku konfem muntah.

hari tu aku pg kundasang kazen kawin, ambikla banyak sebab aku tak makan apa2. tak habis sebab perut dah rasa lain macam.

aku rilek dulu, tengok2 orang  menari.

then suddenly aku rasa mcm ada something nak keluar..depan rumah tu jugak aku muntah tapi tak ramai nampakla. bodoh tau. pastu aku pulak driver, b4 masuk kereta 3x aku muntah,driving siap ada plastik depan. masa drive ada sekali muntah. siksa. sian perut aku.

tapi itu cerita dulu..sekarang takde perut aku sakit2,tak muntah pun sbb dah banyak makan. (T.T)

Badan Rosak

Kakak aku cakap rosak sudah badan nih,tak pandai turun2 berat..haihhh..

Konvo ada lagi 2 bulan..mana mau kurus? Another 5kg pun cukuplah..tapi tak cukup jugak tuh.10 kg boleh tak?sekilo pun tak turun2 lagi camne nak 5 kilo kn..jadi aku puasa lah.tapi sadisnya, parents aku bila tau aku puasa dia belikan makanan sedap2. Tak makan nanti kecik ati..jadi aku makanlah. haihhh…i need to go back my old routine,gym 2-3 jam. I need a new figure..alignment dah lari lintang pukang,out of shape.

Hasil belian my cousin..pizza,donuts,GCB,dan cake SR yang tiada dalam gambar. Insaflah wahai cousin..hahaha

Purse GREEN itu ai punyer..aku nampak ada jual purse hijau cantek sangat tau tapi made of leather n fur..its a BIG NO.

aku diet.doakan ye.

Grazie tanto!

Aku dah berbulan2 tengok orang blogging pasal spaghetti..oh,i love pasta, i love buffon, i love del piero! Lama gila x masak benda nih..jadik, aku dan c kakak pegi beli barang2 d servay penampang,yang bekas tebakar tuh.

Sebelum terbakar pun tak pernah pegi actually..tapi Putatannya servay lagi best,tiptop..cuma penampang menang sebab ada takoyaki. Yang lain semua sama dgn servay putatan. Serupa. Siap ada kedai kawae ke apa tuh. Tapi penampang tarak ada luk luk..ooh..makannnnn.

Cili boh ada?hehehe…modified ckit jadik tekak orang ranau kehh..Prego cheese wajib ada. Gebu nyaa

Baked beans itu harus diblend ya tapi malasss..takut bising blender itu,nanti tam2 lari,dia kan perasan betina. Sebab tu main lecek saja..

dan masakla seperti biasa..selamat sudah dalam perut ai. Malas nak capture gambar..katanya lapar kan. Hehe..mengidam ke apa. Tiada apa2lah..mungkin rindu terhadap encik fabio cannavaro. Aku hairan kenapa dia bole dapat player paling hensem WC. Betul lah..beauty is in the eye of the beholder.

Arrivederci! Non vedo l’ora di vederti 🙂

Minggu Makan

Aku tak berani timbang. Mungkin jeans aku suda kecik kan..tu pasal sendat 🙂 Haihhh…i need a new figure..

This week aku culik my cousin bawa balik rumah..sesama boring,anggur tak tumbuh2 tu yang pegi carik sumber makanan lain. Ironiknya lagi bila siang terperap di rumah dan keluar makan pada waktu malam (T.T). Dan lebih sadis, bila pegi carik nasik goreng, donuts, ice cream, cakes, fried chicken, burgers, luk luk dan semua yg high calorie.

Ini my cousin, dalam KKIA..McD strawberry twister,oh..ini br appetizer. Actually ni tgh tunggu my sister habis keja..nak makan sesama,a heavy one..and its 9 pm 😥

See my eyes? IDK why..hahaha…br sembuh maybe. Chocotop ofkos..sangat suka coklat keras mix with icecream.

After that 3 of us pegi makan..nasik aku tak habis kay..ehehe. A day after that, me n my cousin pegi ambik water cooler n heater rumah yg kena repair..hari tuh tak sejuk,so pegi hantarla..rm60. Aku nak angkat jugak benda tu pegi keta tapi girl tu yg nak tlg sgt htr..kalau lelaki aku tak kesahlah tapi sesama pempuan. So terima kasih ye tlg angkat cuma pagi tadi mama aku call kedai tu balik, tak panas pulakkkk..sungguh aku malas nak angkut benda tu lagi turun naik kereta 😥

Berbalik kepada cerita makanan…lepas adik cantik tu hantar mesin pegi kereta,adalah aktiviti riadah wanita  dilakukan:) then baru pegi makan..memula beli sandwichla konon tapi aku baru ingat hari tuh launch GCB McD baru dan kebetulan (kononla kebetulan)..lalu@limpas depan McD..limited time only,so?

It’s love at first bite

Keindahan rasa pertama

Agak malu membaca tapi seriesly…GCB ni memang stone okay! Light, not too heavy and simply delicious..silalah berkunjung ke McD berdekatan.tapi prosperity tetap menjadi poojaan 🙂

yeahhh!!

Next week puasa kan?eh..puasa untuk aku je..hehehe…cut the fat please!