Archive for the ‘I AM MUSLIM’ Category

Dia Pilihanku

http://www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Prayer is Better than Sleeping

Wanita Sejati

i just saw this and its nice to read, as a reminder for me yang selalu tersimpang siur..semoga saya sentiasa mengingati-Nya..

1. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan paras wajahnya, tetapi daripada kecantikan hati yang ada dibaliknya.

2. Wanita sejati bukan dilihat daripada bentuk tubuhnya yang mempesona,tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

3. Wanita sejati bukan dilihat daripada begitu banyak kebaikan yang diberikannya,tetapi daripada keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

4. Wanita sejati bukan dilihat daripada seberapa indah bunyi suaranya, tetapi daripada apa yang mulutnya sering membicarakan.

5. Wanita sejati bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya berbahasa.

6. Wanita sejati bukan dilihat daripada keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia berani memperteguh kehormatan.

7. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.

8. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mempu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

9. Wanita sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat daripada kekhuatiran orang jadi tergoda.

Janganlah Kau kembalikan aku pada kegelapan lampauku Ya Allah..

Its Not The End…

everything will be okay in the end, if it’s not okay..then it’s not the end

How i love that quote so much..hari ini saya mahu berjiwang-jiwangan kerana dalam hati ada taman..dan arnab pun berlari-lari..white fat bunny(sindiran halus).

Ohh..saya sungguh bersyukur diberikan peluang yang sangat-sangat saya hargai..ujian ini betul-betul membuatkan saya insaf dan sedar akan kuasa-Nya. Pada saat saya merasakan nikmat yang saya tidak sanggup lepaskan itu telah ditarik balik dan saya merasa keseorangan, tiada siapa mahu menerima..hanya Satu tempat mengadu, hanya Satu tempat merayu..dan pada hari ini, Dia bagi nikmat yang lebih berbanding sebelumnya..sungguh aku jatuh cinta padaMu ya Muhaimin.

Betullah..bila kesempitan, baru kita akan teringatkan dia.Kehidupan adalah sebuah cermin yang luas. Keluasan tersebut menyebabkan kita sukar mencari ruang-ruang yang terbaik untuk diri kita dan kita lupa Rabbul Izzati begitu hampir dengan kita.

Syukur Alhamdulillah…dan..

sekali lagi..

terima kasih MHZ.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji…Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu.

Silent Tears

Ya Allah, andai dia adalah jodohku, andai dia adalah yang terbaik untukku, permudahkanlah urusan kami..Ya Allah..

Lembutkanlah hatinya untuk menerimaku,Ya Allah..Berilah sedikit ruang untukku dalam hatinya, Ya Allah..

Tapi, Ya Allah, andai keputusan yang dia buat selepas ni adalah dengan melepaskanku..

Aku terima dengan redha..Sungguh ketentuanMu ada hikmahnya..

Cumanya Ya Allah,kau tabahkanlah hatiku ini Ya Allah..dan semoga Ya Allah..Aku bakal menerima kehadiran seseorang yang mencintaiMu..

Ya Allah, aku merayu padaMu..Hadirkanlah seseorang yang boleh membimbingku ke jalanMu, yang boleh mendalamkan cintaku kepadaMu..

Ya Allah,sungguh Ya Allah..Hati ini mencintaiMu..Hati ini merinduiMu..

Janganlah Kau kembalikan aku pada kegelapan lampauku Ya Allah..

Berilah seseorang yang boleh membuat aku lagi mengenaliMu,

Ya Allah..Aku inginkan sebuah keluarga yang berteraskan kasih sayangMu..aku inginkan zuriat yang akan menegakkan kalimahMu di muka bumi ini Ya Allah..

Ya Allah aku mahu cintaMu,aku mahu kasih sayangMu..

Aku mahu menghidu jannahMu, aku mahu bersama2 orang yang dikasihiMu..

Hati in ciptaanMu..Kau yang mendatangkan perasaan sayang ni Ya Allah..dan mana mungkin aku tidak menyayangiMu,sedangkan Engkau yng menciptakan sesuatu yang ada padaku,sehingga perasaan sayang ini pun Engkau yang ilhamkan..

Biarlah aku mengenal cinta manusiawi ni berteraskan cintaku padaMu..

Layakkanlah aku untuk menerima seseorang yang mencintaiMu Ya Allah..

Layakkanlah aku..Berilah aku peluang..Aku hanya hamba yang lemah…

Hanya padaMu kuminta, kurayu pertolongan..


Di antara Shawl, Awning dan 4 segi..tudung oh tudung.

Tudung pun ada trend kan? Rasanya pada ketika ini, tudung pilihan ramai adalah shawl @ selendang, lilit2,pusing2. Cantik kan? Pada sesiapa tak tau shawl tu apa.

Yes,this is shawl.

Kalau kena dengan bentuk muka si pemakai,maka tak syak lagi cun melecun! tapi saya tak pernah pakai..uhuk uhuk sedihkan? Bukanlah takut tercekik, tapi saya sedar bentuk mukaku sungguh tak sesuai pakai shawl..tembam macam apam. Tudung ni melekap ikut bentuk muka..nanti orang ingatkan kuih pau. Baik tak payah.

Saya pernah baca kalau nak pakai shawl bagi bermuka pau macam saya, boleh pakai inner..syria ke najjah ke apa. Tak pun pakai inner awning. Seriesly, saya sangat suka tengok orang pakai shawl with inner najjah..just like my coursemates. tapi tengok sajalah : (  Ada satu tone, 2 tone..3 tone pun ada!

Ini Farah Adeeba. Saya tau nama saja,tak tau dia siapa : ( tapi dia cantik!

Okay..i did try shawl with inner syria…macam ini kay.

My mum bought it at Jln TAR on May last year..i go and try..tettt. OUT! Muka kuih pau betul..So shawl with anything inner saya tak akan pakai selagi tak buat FRS with Slim World.

Senang saja kalau nak tau saya kelam kabut pegi kelas..pakai tudung awning. Awning keras tuuu..tudung cam ekin. tapi tiap kali saya pakai tudung ni kan, paras keyakinan diri amat rendah..rasa cam apa tau?

Macam makcik-makcik. Im sorry kalau ada terasa tapi jangan risau, makcik pun makcik lah. Yang penting saya tutup aurat dan sempat pegi kelas! Awning yang tak keras sangat n design cantek tu okayla..tapi selalu saya pakai 1 kaler saja, hitam n biru. Sarung, siap n drift. Terima kasih sesiapa yang mencipta tudung ini..berpandangan kehadapan sungguh.

Actually, shawl tu boleh pakai untuk muka kuih pau sebenarnya. Buat cam tudung biasa. Saya pun pernah try dan level of confidence is high i tell u. Nah..cek this out.

Jadi sebagai kesimpulannya..setelah berminggu-minggu berfikir. Saya akan pakai tudung macam biasa..shawl @ 4 segi. Saya tak akan gigihkan diri pakai shawl lekap..dan bila kesuntukan masa, saya akan pakai tudung berinovasi tinggi dan ketika banyak masa..i will look just like this..

Model hanya hiasan semata-mata.

*wink

Cinta Itu Abadi

“ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.” – Sabda Rasululluah S.A.W untuk Siti Khadijah R.A


Above all the love story i ever heard..Rose n Jack, Romeo n Juliet, Shah Jahan n Mumtaz Mahal, Son Goku n Cici, i never cry so much tears as much as i heard the love story of our own Rasulullah S.A.W with the most precious Saidatina Siti Khadijah R.A.

Tell us which man in this world tidak mengimpikan wanita sebaik Siti Khadijah R.A? Which woman in this world tidak mahu menjadi seperti Siti Khadijah R.A?

Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W.  Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.

Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.

Allah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.

Sewaktu di tanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”

Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.

Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini. -Cite from HasifMuslim

Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah..

Kepada lelaki yang bergelar suami..

Pasti isteri anda tidak sebaik Khadijah, kerana anda pun tidak semulia Muhammad SAW. Namun apa salahnya cinta sejati itu diteladani dalam mengharungi cinta suami-isteri masakini. Yang berubah hanya ‘alat-alat’ teknologi, tetapi bukan soal hati. Hukum cinta tetap abadi dan hakiki – untuk disayangi, mesti terlebih dahulu menyanyangi! Jangan kau lupakan jasa insan yang bersamamu ketika kau ‘merangkak’ agar engkau tidak tersungkur semula bila sudah di puncak.Jika alam boleh bersuara, pasti semuanya akan mengingatkan akan betapa besarnya ’saham’ seorang isteri pada kejayaan seorang suami.

Jangan kau melupakannya, kerana melupakannya bererti kau melupakan dirimu sendiri. Jangan melihat ‘pucuk muda’ di hujung dahan sehingga kau lupa ‘akar tua’ yang menumbuhkan pepohonan. Insan semulia Muhammad SAW itupun masih mengenangkan jasa isteri, apalagi anda insan yang biasa-biasa ini… Jangan gigit tangan yang terus rela dan tega bersamamu dalam perjalanan ini. Kenang dan balas jasanya sementara dia masih ada. – Cite fromPahrol Mohamad Juoi

Dari Anas r.a, bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian ada seseorang yang melintasi tempat itu. Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w: “ Wahai Rasulullah, saya mencintai orang itu.” Maka Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah kamu sudah memberitahunya?” Ia menjawab: “Belum.” Rasulullah bersabda, Beritahulah kepadanya.Dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata: “Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah.” Sahabat itu membalas: “ Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku kerana-Nya.” (H.R. Abu Daud: Sahih)