Archive for the ‘LOVE’ Category

Manusia memang tak sempurna

Bila ada yang tak kena, kita kutuk.

Bila ada yang tak berkenan, kita tinggalkan.

Tak sedar ke yang kita pun memang tak sempurna?

Kita sama-sama manusia yang tak sempurna, so kenapa nak demanding?

Aku cilok ayat dia..

tapi ‘sempurna’ tu sama tak dengan ‘terbaik’?

contohla ayat :

aku bukan cari yang sempurna,tapi aku nak cari yang terbaik.

terbaik di sini mungkin yang paling kurang kesalahan atau menghampiri tahap sempurna. kan?

semua orang nak yang terbaik bila bercinta sebab nak bawak kawin, so ada hak la nak pilih yang terbaik. kawin kalau boleh nak sekali je sebab tu kita jadi demanding.

kita demanding tanpa sedar kita pun bukanlah menghampiri tahap sempurna tapi dambakan yang seperti itu? tak payah tepuk dada..duduk diam2,guna akal 🙂

bila dah jumpa orang yang kita sayang, bukankah kita sayang dia sebab diri dia? diri dia termasuk masa silam dia, keluarga, kelebihan, kekurangan dia? bukankah? ataupun dari mata turun ke hati? saya sayang dia sebab dia cantik comel hensem? kalau sebab itu, dia eksiden muka dah tak hensem for sure lah kan sayang tu kurang.

kalau betul tak boleh sayang semua tu,jangan mengaku i love you much, jangan cakap nak hidup sampai tua, end up bila masa silam dia datang,bila kau dah tau kekurangan dan kesilapan dia..dia tu teruk la dulu,dia dah tak reti layan kau, kau tak boleh pula terima. Mana sayang kau yang konon2 nak hidup sampai tua? Mananya?

Why not kau terima je kekurangan dan masa silam dia? tapi bukanlah dia tu kuat marah kau telan je semua, kau bagila nasihat ke,baca doa ke..at least u are trying kan?kan kau sayang dia?

Bila fail in relationship, orang tanya kenapa putus?ada tak orang tanya ada berusaha tak?

Aku dah cuba..tak bolehlah.

Betul ke tak boleh?

Betul ke dah usaha?

Kalau betul tak boleh dan betul dah usaha keras sekeras2nya sebab kau sayang dia kan..so kena usaha atasi apa2 yang merosakkan relationship.tapi tetap tak boleh jugak, cari lah jalan keluar dengan baik. You are trying hard and you fight for it tapi tak semua benda berjaya.

Belajarlah menerima apa adanya, memberi tanpa mengharap balasan..nak demand sangat buat apa? Jaga air muka? Duniawi semata.

Aku menulis untuk peringatan aku jugak sebab ada orang sedarkan aku, kita memang tak sempurna…

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.

Sunshine!

Remember I told ya bout the slipper?hehe..actually its not cerita dongeng. Forgive me for lying. That slipper bring me to someone that bring back the sunshine in  life 🙂

This is 3 years ago. SOOO MUCH!

Thanks for shared an umbrella with me and wait for the sunshine to shine..

Each morning when I open my eyes I say to myself:

I, not events, have the power to make me happy or unhappy today.

I can choose which it shall be.

Yesterday is dead, tomorrow hasn’t arrived yet.

I have just one day, today, and I’m going to be happy in it.

I would thank you from the bottom of my heart, but for you my heart has no bottom.

May one day could be our day

Selamat Hari Jadi.semoga panjang umur..

Untuk lelaki yang sentiasa mengajar saya untuk menyayangi..

Untuk kamu yang kaya dengan perasaan..yang berat dengan rasa..yang sarat dengan kasih..

..kamu sangat dihargai..

Semoga cintamu padaku tidak melebihi cintamu kepadaNya

True Love Does Exist

Semalam aku tengok Titanic..entah berapa kali tengok tapi setiap kali tengok mesti ada airmata berguguran,sentimental kan jiwa aku. Biarlah…dan penumpang kelas satu tu betul2 tak boleh tahanlah..dah nak mati pun sombong lagi.aihh.sedih tengok ibu dan baby matik kesejukan dalam laut, kapten yang tak bleh buat apa2 untuk selamatkan kapal dia, musician yg cekal hati main muzik dan ofkos…true love jack n rose :))

Scene sedih T.T

Aku taktau nak buat entri jiwa nih sebenarnya..so aku bg quote je lah dekat sini. Korang bacalah sebab masih ada yang terkial2 carik true love tu apa :)) Buat yang taktau,aku pencinta quotes n wisdom words. Kalau korang nak bagi hadiah bagi buku2 camtuh pun aku lagi happy. p/s:konvo bulan 10,bday bulan 11..pilih je date nak bagi hadiah.hahaha..keji tau mintak hadiah.

Aku dah jumpa true love? erm..aku tak pandang rupa.aku pun tak pandang harta..dan aku tak pandang masa lampau. Aku pandang agama dan hati 🙂 hati kat sini tak semua orang ada. Aku nak yang ada “hati”…erm,takpelah kalau korang tak faham.nanti bila dah jumpa true love baru korang faham.tapi sekarang aku memang bahagia dengan orang yang ada “hati”..aku salute dia dan aku kagum dengan dia. Tak payahla aku cerita lebih2…wah,personal gitu.

Nah korang…

  • You know you truly love somebody when they hurt you so badly, but all you can think about it is the times when they made you smile.
  • True love is not being with someone because you think you can be happy with that person, but because without that person you know you can never be.
  • True love comes once in a lifetime … open your eyes and your heart and see the miracle in front of you.
  • True love isn’t without problem, it has many obstacles, true love is working through all of them and coming out happy with that someone on the otherside.
  • The road to true love was never easy, I know I’ve hit all the bumps, but now I’m standing strong saying, I love you, ’til the end of time.
  • Love is to let those we love be perfectly themselves, and not to twist them to fit our own image… otherwise we love only the reflection of ourselves we find in them.
  • The way to love anything is to realize that it may be lost.
  • Do I love you because you’re beautiful,
    Or are you beautiful because I love you?
  • Love is much like a wild rose, beautiful and calm, but willing to draw blood in its defense.

tapi aku paling suka nih..

True love is not how you forgive, but how you forget, not what you see but what you feel, not how you listen but how you understand, and not how you let go but how you hold on.

Fahami dan kaji diri anda..ask yourself :))

**mood jiwang..pempuan je suka entri nih.haha.

My Happy Zone

On one sweet early morning, saya berkenalan dengan dia.

Oh..he is a nice guy.

Quite good.

Then we become friends.

Banyak minat benda sama.

U name it,we both like it.

Sweet.

Tease me like he did. No one can.

Fight me like he used to do. No one did.

He open my heart.

He make me who I am now.

He take my hand when I enter the darkness.

…..things are just fine,nice and perfect..

Unfortunately..not every situation is perfect..

We must be willing to let go of the life we have planned, so as to accept the life that is waiting for us.

You never leave someone behind, you take a part of them with you and leave a part of yourself behind.

Live,love and laugh my bestfriend.

Semoga Allah menyayangi kamu.

Find it in your heart.

Happy Birthday

Kill kill kill die die die

Sakit tak kalau kena pisau? Dulu2 masa budak2,mama suruh potong mangga..yg cincang2 tu..series sangat takut ok. Ala,mcm mana nak pandai kalau tak belajar potong kan jadi dengan azam dan keyakinan,ada takut sikit..gigih ni try potong. Memula ok,setakat kupas kulit,ok lagi..then bila sampai cincang2 ni..aisehh..down sikit. Try juger cincang, tp malang u cannot smell..mangga tu licin,time tengah mencincang tu tercincang sikit jari. wahh,bleeding..dah bleeding siap kena marah pulak tu..itulah,potong tak tengok2.Wah,aku tengok tapi nak buat mcm mana kan. Start dari tu aku tak berani cincang mangga sampai sekarang..kupas bolehlah.

tapi sakit fizikal kadang2 tak affect sakit dalaman..okla kan.cuma sakit dalaman tu yg selalu menjejaskan fizikal,then terus la pulak jangkitkan emosi sekali,pakej dgn fikiran pulak. Cukup perisa.

Nak dengar cerita dongeng tak?

Hari tu maybe aku sakit dalaman,rasa matik kejap tapi tak matik mana pun..macam aku cakaplah,full package dia bagi. Memula sakit dalam,kaw2 punya..rasa macam selipar..bukan macam lagi,memang rasa selipar lah. Dahla selipar,putus pulak..dah putus tgk2 sebelah hijau,sebelah hitam..size 3 kiri,size 7 kanan. Haru..tapi nak buat mcm mana,itu yang org bagi,jgn komplen..syukurlah masih ada selipar. faham tak nih? aku paham. Ok,aku pakaila selipar tu..jalan jauh lagi,tetiba hujan lebat pulak. Aku takde payung hijau mahupun pink..masa tu pulak kat tengah2 ladang..

dapat ikut tak ni?dapat kan? Nak tak nak aku teruskan jalan jugak dalam hujan2 tuh..nasib lah kilat tak sudi sambar. So aku hidup lagi tp mcm separuh2 la. Aku nampak kat atas bukit kanan tu tak hujan,siap ada taman2. Eh,aku nampak org yg bg aku selipar tu,oh..dia dah pakai kasut baru. Aku tengok selipar aku,kesian terhadap diri sendiri tu dtg.

Then aku nampak ada org pakai baju hitam,eh..dia pakai selipar gak. Aku ingatkan selipar aku paling buruk,rupanya dia lg teruk..tapak dah haus,belobang2 pulak. Aku tegurla dia..ceh,dia rupanya,member lama. Dia ada payung,aku tak nak tumpang pun. Aku boleh jalan sendiri,tak kesah hujan ke tak. tapi aku jalan dengan dia lah sama2. Aku masih nak pegi atas bukit tu tadi..tapi aku sedar aku pakai selipar je..aku selipar,bukan kasut. Kawan sebelah aku ni ajak aku teruskan perjalanan..dia kata mungkin kat depan ada taman bunga lagi cantik dari atas bukit tuh. Matikla,hujan makin lebat nih.Dia bagi aku kongsi payung..jadi kitorang pun jalan sama2.

Aku happy ada kawan sama2 jalan dalam hujan.

Suddenly org2 berkasut tadi ambik payung tu..kitorang berhujan lagi. Aku rindu nak pakai kasut tapi tak boleh,kasut orang..lagipun aku rasa aku dah selesa pakai selipar buruk ni,dan lagi selesa ada orang sama2 pakai selipar buruk. Jadi aku dan member lama tu pun teruskan perjalanan dalam hujan. Kami tau,hujan bukan selamanya..lepas ni ada matahari,ada pelangi tapi lepas tu mmg hujan cuma kami harap masa tu kami dah pakai kasut but getah hitam tu.Kitorang belum sampai lagi..tapi aku harap kat depan sana ada lah taman dengan hiasan landskap yg cantik.

Aku pakai selipar nih lagi..selipar nih kadang2 buat aku sakit jugak,yelah..dah lain saiz kan.maunya tak sakit.tapi sebab selipar ni lah aku tau harga sekeping hati..rupanya memang takde price tag,orang lain yang menilai harganya. tapi sayang,tak semua orang dapat menilai.

If someone is truly worth having in your life, you will go through anything to keep them there..tak kesahla hujan ke,ribut petir ke,panas terik ke,tsunami ke,gempa bumia sekalipun..u know u fight and hold for the right person. tapi byk yang look for another right person  bila tsunami datang..its not worth fighting for. Penat mungkin? Bosan? Cuma dont ever regret u didnt try to fight and hold on when u realize u already missed and lost that right person 🙂

Ini cerita dongeng ye,tapi ada pengajaran.

Hati orang2 berselipar.

Selamanya itu hanya satu penipuan

Dahulu kita cipta bersama,
Satu kenangan yang tak terlupakan.
Semua manis mainan bibir
Sepahit gula yang dirasa.

Dahulu kita nikmati bersama,
Manisnya madu, hangatnya asmara,
Dalam hujan kau meneduhku,
Dalam dingin kau memelukku.
Terasa indah waktu bersama.

Masa berlalu dengan begitu pantas,
Berlari tanpa ada hentian,
Semuanya turut berubah,
Cinta menjadi dendam,
Sayang menjadi benci,
Rindu menjadi beban.
Manis madu bertukar pahit hempedu.

Cintamu beralih arah
Dari satu sudut,
Ke ruang kebencian yang sangat dasyat.
Tanpa sebab dan alasan,
Kau paksa aku keluarkan air mata,
Kau paksa aku leraikan ikatan,

Kepada tuhan aku berserah,
Aku luahkan luka dalam hati,
Dengan semangat dan azam,
Aku teruskan hidup,
Meski hanya ada cinta aku kepada tuhan,
Namun hidup aku lebih bermakna,
Dari dibenci tanpa sebab.

Bercinta dengan tuhan lebih indah,
Dari bercinta dengan manusia,
Cinta sejati untuk manusia adalah mustahil,
Tetapi cinta sejati kepada pencipta,
Adalah satu nikmat yang tak tercapai,
Satu kalam yang sukar diungkapkan,

Terima Kasih..

Perjalanan Hidup Saya

Semalam i drove to KK from Ranau. Jalan memang bersimpang siur,bukit bukau tapi alhamdulillah, cuaca cerah, halangan kereta n lori bagai pun tak banyak. So saya selamat sampai KK around 1 and half hour. Happy kan mula2?

Sampai KK, semua kerja settle..so im having fun. Sangat bahagia dan bergembira. Alhamdulillah.

Suddenly,bila dah nak balik rumah. 5 kereta bomba datang..belakang,depan n  tepi my parking. Ada kebakaran,seriesly infront of me. Oh, i cannot go anywhere..kalau paksa keluar kereta jugak..for sure bomba susah nak padam api. Its okay, tunggu dan sabar. Bila dah reda..halangan kereta lain masih ada. Jadi saya tunggu lagi. Api yang mula reda started to marak lagi. Saya masih boleh sabar cuma saya kena fikir my family, so saya minta izin abg bomba keluar dr sana..kalau boleh. Dapat keluar. Alhamdulillah.

Then kegembiraan datang lagi..my family n me having so much fun at Tg.Aru. Syukur alhamdulillah.

Pagi tadi..baru bangun tido,kepala dah weng2. Migraine kritikal..tp kena drive balik ranau lagi. So makan breakfast tu mesti kalau tak, mabuk kereta.hehe. Then..baru 3 suap, I vomit. What happen to my stomach lately? Dah selalu sgt vomit. I cannot drive like this,so saya sambung tido around half an hour..bila kita sakit,rehat sekejap. Alhamdulillah,lepas bangun rasa dah okay.

So i drive..masuk area Damai,hujan selebat2nya. Ya Rabbi..lagi 100km nak smpai ranau,mcm mana nak teruskan kalau hujan mcm ni.

Nak berhenti x? aunty tanya..

Erm..kalau hujan tak reda gak..berhentilah. Skrg ni ok lg, bawak pelan2 saja.

Hujan makin lebat..saya tak give up lg. Saya teruskan. dan akhirnya, masuk kawasan Telipok, tetiba kering. Lega sikit.

Then suddenly, bila dah naik bukit..hujan turun lagi lebat dari tadi. Saya tak nampak jalan langsung. Masih teruskan driving walaupun boleh berhenti cuma kena slowly.

Ada kereta mayat lalu..ooh,ngerinya.

Ada tanah runtuh..sabar sajalah.

Ada lori2 besar depan belakang..biasalah tu.

Saya masih memandu..tujuan saya satu. Saya nak sampai,sampai dengan selamat. Walaupun dari hari pertama masalah bertimpa2..halangan sentiasa ada,tujuan saya tetap satu. Jadi sepanjang perjalanan, kita kena kuat, sabar, ikhlas..dan akhirnya, kita akan sampai. Oh,bila dah sampai..i kong,tido kaw2 sebab lepas ni for sure ada masalah lain lagi datang. Saya tak kisah, walaupun byk masalah..kebahagiaan masih ada walaupun sekejap dan sy percaya kebahagiaan pasti tiba lagi.

Cerita ini mempunyai makna denotasi dan makna konotasi. Apply it into our life. Selamat menempuh kehidupan kawan-kawan yang saya sayangi!