Tukar-tukar

sebenarnya x la best sgt guna wordpress ni,byk widget x boleh masyuk.boring ok. cuma aku guna wordpress sebab blogspot dah tak boleh guna appleisgreen punya nama..yang ada pun dia dah tak update since 2004..tolongla terminate blog itu kalau tidak diguna plisss..aku nak guna 🙂

appleisgreen.com ?hehe..aku belum sampai tahap nak bayar domain. sungguh,memang best guna blogspot..tapi takkan nak tukar balik?asyik2 tukar..memandang kelemahan rumah yang ada dan melihat kelebihan rumah yang lain membuatkan kita tidak setia :p falsampah semata..mungkin aku sedikit jeles melihat benda yang cantik dan tidak menghargai rumah sendiri padahal rumah sendiri ada yang lebih baik yang kita belum nampak. Ok,aku mula emosi.hahaha.

tapi sungguhla aku saket jiwa guna wordpress ni wuiii..aku nak blogspot tapi appleisgreen jugak. haiiiiih.

nantilah aku pikir..

Advertisements

Lok Lok Prince

Makanan nih..kalau dekat ums kitorang panggil luk luk,entah apa beza dengan lok lok. Benda sama lah. Aku panggil luk luk..makanan ni chinese la selalu yg buat but then rite now dah consider customer muslim kan..serve no pork,staff dia pun muslim.

Aku gembira sebab Putatan servay dah ada benda nih..anytime nak makan 7 minit je dr rumah 🙂

Van luk luk..luk luk ni ada queen ada prince.king xtaulah.

nyammss

dip sauce dia yg pedas amat pedas k.hari tu aku sombong dan berlagak..elehh,dia kata pedas konfem tak pedas la.

so letak sos pedas dia 2 sudu… T_T menangisss…lidah aku dah xde rasa. greentea satu kotak besar pun tak hilang lagi pedasnya. jadi aku insaf la lepas peristiwa tuh. sos yg lain mmg stone.

Memang aummmmm~

Entahlah

Masa aku isi minyak aku tetiba ingat zaman dulu2..

pam minyak tu kan selalu pekerja dia yang buat,kita duk dalam keta,bagi duit bukak tempat minyak..tunggu.

masa aku kecik dulu, aku nak pegi kk dengan my daddy n my bro,

then bapa aku cakap dekat pump attendant nih..isi 20 k.

aku dengar dan jelas..bapa aku ckp 20 ringgit.

pastu PA tu bagi signal 2 jari..siap tanya, dua? kira 20 ringgitla..okla dia dengar.

pastu tunggula dia habis isi..

tengok2 dia isi rm10..

aihh..tadi dia signal 20,kenapa isi 10?

bapa aku malas nak isi balik..cuma dia cakap.

telur la kau ni..

aku hairan sampai sekarang apa sebenarnya dalam fikiran pump attendant tuh..

menu

bf kakak aku ada gerai. mee goreng dia stone ok..mama aku pun suka.

then diorang nak tukar menu baru, jadi kakak aku suruhla aku buat. aku tak kisah sebab aku suka buat tapi dalam keadaan yang tak terpaksa la,kalo keadaan terpaksa aku mmg lost idea nak design2 nih. Macam pro je kan?

aku cari kaler yang sesuai dengan nama warung dia,warung kampung melayu, dekat sembulan. Haa,kampung melayu bukan ada kat kluang je tau. antara coklat or green..jadi ofkos green 🙂

Hasil yang tak seberapa

pastu aku makan mee goreng dia..pedas adoi tapi sedap.

dulu aku ok makan pedas,tapi sejak diet yang aku tak makan apa2 tu (jangan ikut), perut aku macam reject makanan pedas.masa memula makan banyak after diet, aku konfem muntah.

hari tu aku pg kundasang kazen kawin, ambikla banyak sebab aku tak makan apa2. tak habis sebab perut dah rasa lain macam.

aku rilek dulu, tengok2 orang  menari.

then suddenly aku rasa mcm ada something nak keluar..depan rumah tu jugak aku muntah tapi tak ramai nampakla. bodoh tau. pastu aku pulak driver, b4 masuk kereta 3x aku muntah,driving siap ada plastik depan. masa drive ada sekali muntah. siksa. sian perut aku.

tapi itu cerita dulu..sekarang takde perut aku sakit2,tak muntah pun sbb dah banyak makan. (T.T)

aummm

Hai..nama saya Junjun..itu nama panggilan,nama sebenar saya Junior sebab saya serupa dengan kakak saya yang lain bapa,tapi dia dah mati..nama dia Beruang. Agak2 saya betina tak? Taklah, saya jantan,badan je macam betina tapi saya tak malas macam abang2 saya. Saya rajin masuk bakul plastik,shopping bag dan apa2 sahaja yang boleh masuk, hancurkan kain itu favourite saya. Saya selalu kena marah tapi saya tak kesah. Korang nak cakap apa lantaklah, yang penting saya bahagia. Dulu masa baby, saya jadi tunggal sebab adik beradik dah mati secara misteri. Lepas tu,saya cuba jadi peramah dengan kawan dengan Tamtam, Putut dan Beruang..sedihnya,mereka memulaukan saya..cuma Tamtam yang layan saya sebab itu sampai sekarang saya amat selesa dengan abg tamtam. Then, mama saya pula memulaukan saya sebab dia ada baby baru masa saya umur 3 bulan. Saya nampak kurus tapi saya kuat makan sebab saya suka main..tak macam putut,lepas makan dia tidur..tak macam tamtam, nak main tapi malas,asyik grooming je. Itulah saya..

Junior @ Jun Jun

Beware A Man of One Book

aku sedang belajar membaca kembali..bukan buta hurup,cuba dig balik minat zaman kecik.

Last aku jadi ulat buku masa matrik dulu..gila baca sampai tak sedar kul 6 pagi..nasibla hari sabtu. Kalau tak,uihh tak sanggup aku,kelas dahla dari kul 7 sampai 3. Mamai ok.

Lepas masuk U aisehh..aku jadi obses kepada buku2 pelajaran sahaja..wahh,mcm terer. Aku baca buku2 biologi, biologi jiwa aku,its a passion tp ada jugak dalam keadaan terpaksa sebab tak semua aku minat dalam bio specially biotech..aku suka binatang dan genetik sahaja, botani agak kurang..aku tak minat bunga. Aku rela kena bagi present kura-kura kecik daripada bunga ros satu taman. Saya pencinta haiwan 🙂 lipas terkecuali.

Mama aku cikgu library..dulu masa kecik library adalah tempat fav aku dan aku percaya,semua buku library mama aku aku dah habis baca,kakak aku pun sama..abg pun. Buku pasal menteri2 pun baca, apakah?

Jadi..aku rindu mau membaca..lagipun otak aku dah kurang berkesan. Syapie lagi gila membaca..kalau ada book fair,dia boleh lompat dan guling2..macam nak masuk dalam buku.

Buku biru itu mama aku suruh baca..itu buku cikgu2. Kakak aku gelak, cis. tapi aku baca jugak, part experience je yg best.

Kecik2 dulu..(mengimbau kenangan) aku suka baca the enid blyton’s books..jiwa aku masih kepada penyiasat2 punya buku..sebab tu penyiasat remaja best bagi aku. Siap angan2 jadi penyiasat T.T

Komik jangan cakap..adik beradik aku suka kumpul benda nih, tapi zaman internet menyebabkan ada online comics..jadi koleksi dah takde. Aku prefer buku..ada value gitu.Nantila aku lepak dekat times or harris..ada faedah jugak. Ni tak..masuk mall carik baju,kalau kurus takpelah..benci tau.

Pantun oleh YAB Tun Dr. Siti Hasmah bt Haji Mohd Ali:
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bacalah sampai pandai
Buku-buku pelbagai ilmu

Santan lemak manis
Santan kelapa muda
Jangan anak menangis
Kalau emak suruh membaca

Awal suruhan kan membaca?

Silent itu saya

Aku tak suka bercakap sebenarnya.

erk..yeke?

erm..aku rasa macam tu lah.

aku cakap bila perlu dan bila dengan orang yang aku rasa nak cakap.

tapi aku suka cakap dengan makcik2 yang aku tak kenal dan baru jumpa

aku pun taktau kenapa..best ah.

kalau korang rasa aku banyak cakap dgn korang itu bermakna aku selesa dgn korang.

cakap ok,bukan text,bukan komen,bukan tulis,bukan taip.

aku suka tengok orang sebab aku rasa..

action speaks louder than words.

dan jangan terkejut kalau aku boleh teka kau nak cakap apa.

kadang2 bila cakap dengan orang,aku tau dia tipu tapi aku tak cakap apa2 la,nnt dia malu pulak.

aku bukan bongkak dan megah dengan statement tu ye tapi itu mmg aku rasa la.

aku jenis pendam.

aku gembira ke aku sedih ke aku penat ke aku sayang ke aku simpan.

sebab aku memang taktau nak guna ayat apa expres benda2 tu.

so end up,aku tanggung sorang2.

paling ketara bila aku sedih.

kwn baik aku pun aku cakap mcm tu je..aku cakap aku sedih tapi macam tak sungguh2.

padahal sedih aku memang sedih tahap sedih duka pilu taktahan tanggung sorang2.

last2 aku tido sampai airmata kering.

bangun2 mata mcm bola.

bila orang tanya.

tengok movie sedih.

aku rasa lebih baik aku fake yg aku happy sebab tak payah explain yang aku sedih.

payah tau nak explain. aku tak pandai cakap.

yang aku tak suka kalau aku cakap,mesej macam tak sampai..

mcm…bukan tu yang aku rasa,pastu blur2 nak cakap apa last2..korang takkan pahamlah.

jadi orang kecik ati.aku malas.

baik ati aku yang kecik sendiri

kalau aku marah pun aku malas nak cakap.

lantak kau lah.

aku lagi suka fikir dia ni kenapa buat perangai bikin sakit hati.

ada sakit ke?ada problem ke?pastu aku main teka sendiri carik jawapan.

tapi aku pernah jugaklah maki hamun orang.

annoying gila,aku sabar bertahun2.aku cuba fikir positive side dia.

tapi tak dapat.last2 aku marah tapi itupun tak marah sangat.

pastu aku rasa bersalah.

wth?baik aku tak payah marah.

dan memang aku tak suka marah pun.buang masa.

sama la bila aku sayang orang.

janji aku tau aku sayang dia sudah.

tapi aku nak jugak kadang2 bgtau.

aku tulis,aku taip tapi bila aku nak cakap macam tersekat.

so aku diam.

bila aku diam,aku takut dia salah faham.

jadi aku nak cakapla tapi aku taktau nak guna ayat apa.

aku pun pelik.

bahasa melayu aku A1.bahasa Inggeris aku A2,muet aku band 4.Kemahiran Berbahasa Melayu aku A-.bahasa mandarin A.alhamdulillah.

jadi mana silapnya aku tak boleh mengolah ayat?

so aku simpulkan aku agak cemerlang sebab semua tu tak memerlukan aku bercakap,tulis je kan kecuali muet,tu yg band 4 je.

haihh..

tapi kerja aku memang memerlukan aku bercakap.

bisu apa cikgu nih.baik tak payah masuk kelas.

masuk kelas mood happy.

aku ok je kalau happy.

tak payah risau mesej tak sampai ke apa.

tapi hal2 peribadi macam hadoii.

cukuplah aku sorang2 tau.

sakit payah nak bangun balik hidup semula tu pun korang rasa macam senang je aku buat kan.

memangla sebab aku tak cakap apa2.

so korang tak dapat tau.

jadi biarlah aku macam ni.

diam itu saya.

biarlah rahsia itu siti.

tapi aku gembira sebab aku dapat kawan yang sangat rajin bercakap.

aku tak cakap,aku tengok je dia cakap.

Saying nothing sometimes says the most.

and yes…

silence is sometimes the answer.

carikla sendiri aku nak cakap apa sebenarnya thru my silence.

**entry berbual kosong sebab aku tak pandai berbual.kagum aku korang baca.hehe.terima kasih.