Rumah Baru Saya..Greenhouse :p

Rumah dah siap..simen bata kayu dah cukup, furniture lagi belum puas hati :p

Oh..agak happy dengan rumah baru. Aku memang selalu happy dengan benda kecik🙂

So korang bolehlah melawat aku di rumah baru yeeee…see yu there gojes!

SILA PICIT INI

Nak pindah rumah

aku rasa nak pindah blogspot..gerammmmm..tapi url? dah ada dah..ok la,i am moving now…packing barang dulu.

Salam Ramadhan

Aku suka bulan puasa. Macam dalam gambar nih..(taktau nak explain best macam mana)🙂 ..aku mula gemgem bulan puasa. Haha.Tak gune kan. Darjah 5 or 4 kot..kesimpulannya aku gemgem dari kecik. Banyak ABC, aku suka tapi aku tak jumpa ABC yang lebih best dari seksyen 2 shah alam dekat sini. Droooling..orang shah alam tolong makan utk aku kay.

Oh..aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah dan silap,terasa hati dan fikiran. Aku tau aku sombong dengan sesetengah orang (nanti aku buat entri ni) tapi aku buat macam tu ada sebab. Aku tak angkat korang call,tak reply mesej,tak approve friend request n ym bukan maksudnya aku benci. Bukan jugak bajet artis. Biarlah rahsia setakat ni. Yang aku nak korang tau,aku tak benci siapa2..cukuplah aku dah banyak kali terkena sebab benci orang..benci bilang cinta :p. So, kalo rasa nak sepak aku..silakan,kalau sampai hatila tapi maafkanlah aku ye. Semoga hati suci muci tulus ikhlas start bulan nih sampai bila2..

Salam ramadhan korang.siapa nak belanja bukak puasa McD kontek je. heh ^_^

Raya datanglah rumah atas gunung ye..jangan bawak rombongan sudah.ai tak rela yu..ada ke?perasan semata.

Second Touch

Hari tuh aku ada story pasal interview tak jadi kan? Well,atas dedikasi leader..dapat jugakla kitorang diinterviewkan next week. Thanks tau. Syukur ada rezeki interview.

Hari tuh aku agak kurang selesa jugakla..kurang selesa ok, dengan kawan sekolah yang asyiklah paksa2 pihak2 itu ini interviewkan kitorang. Kontek YB bagai.Yes,betul la..we fight for our right but then when its too much,macam..omg,kau sabar boleh tak?Orang lain i mean the leader struggle tengah uruskan. Minta maaf terasa. Cuma masalahnya sekarang interview tu dekat sabah (setakat aku menulis ni) ,so jadi masalah pada kawan2 sjung sarawak. Aku harap ada penyelesaian. Aku cuba letakkan diri aku dalam kasut kawan aku dari sana..memanglah aku pun tak puas hati, tapi orang tu dah cuba sebaik mungkin kan,kalau tak ada rezeki nak buat macam mana. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta..so semestinyalah bila benda macam ni happen,kita percaya ada hikmah di sebaliknya. Tak baik marah..marah itu syaitan🙂

Announcement tak buat lagi pasal benda ni..aku tak sure tapi aku nak studyla balik. Sediakan payung sebelum hujan.

Ni masa interview tak jadi..orang ni wajib masuk kedai buku🙂

Goodluck everybody~

Manusia memang tak sempurna

Bila ada yang tak kena, kita kutuk.

Bila ada yang tak berkenan, kita tinggalkan.

Tak sedar ke yang kita pun memang tak sempurna?

Kita sama-sama manusia yang tak sempurna, so kenapa nak demanding?

Aku cilok ayat dia..

tapi ‘sempurna’ tu sama tak dengan ‘terbaik’?

contohla ayat :

aku bukan cari yang sempurna,tapi aku nak cari yang terbaik.

terbaik di sini mungkin yang paling kurang kesalahan atau menghampiri tahap sempurna. kan?

semua orang nak yang terbaik bila bercinta sebab nak bawak kawin, so ada hak la nak pilih yang terbaik. kawin kalau boleh nak sekali je sebab tu kita jadi demanding.

kita demanding tanpa sedar kita pun bukanlah menghampiri tahap sempurna tapi dambakan yang seperti itu? tak payah tepuk dada..duduk diam2,guna akal🙂

bila dah jumpa orang yang kita sayang, bukankah kita sayang dia sebab diri dia? diri dia termasuk masa silam dia, keluarga, kelebihan, kekurangan dia? bukankah? ataupun dari mata turun ke hati? saya sayang dia sebab dia cantik comel hensem? kalau sebab itu, dia eksiden muka dah tak hensem for sure lah kan sayang tu kurang.

kalau betul tak boleh sayang semua tu,jangan mengaku i love you much, jangan cakap nak hidup sampai tua, end up bila masa silam dia datang,bila kau dah tau kekurangan dan kesilapan dia..dia tu teruk la dulu,dia dah tak reti layan kau, kau tak boleh pula terima. Mana sayang kau yang konon2 nak hidup sampai tua? Mananya?

Why not kau terima je kekurangan dan masa silam dia? tapi bukanlah dia tu kuat marah kau telan je semua, kau bagila nasihat ke,baca doa ke..at least u are trying kan?kan kau sayang dia?

Bila fail in relationship, orang tanya kenapa putus?ada tak orang tanya ada berusaha tak?

Aku dah cuba..tak bolehlah.

Betul ke tak boleh?

Betul ke dah usaha?

Kalau betul tak boleh dan betul dah usaha keras sekeras2nya sebab kau sayang dia kan..so kena usaha atasi apa2 yang merosakkan relationship.tapi tetap tak boleh jugak, cari lah jalan keluar dengan baik. You are trying hard and you fight for it tapi tak semua benda berjaya.

Belajarlah menerima apa adanya, memberi tanpa mengharap balasan..nak demand sangat buat apa? Jaga air muka? Duniawi semata.

Aku menulis untuk peringatan aku jugak sebab ada orang sedarkan aku, kita memang tak sempurna…

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.

Sorry TM

Oh..banyak dah aku tak update. Internet tak ada 2 hari..korang tau sebab apa?aku malu nak cerita tapi tak apalah,cerita je. Aku online cam biasa then suddenly tenet on then off then on then off..aku dah saspek la ada rosak tp taktau apa. So aku pegi TM..buat report,marah2 dalam hatila sebab dia cakap line rosak sebab tak ada dial tone pun. Jadi aku yakin ni mesti sebab TM. Besoknya which is tadi..wakil TM datang, aku bagila tunjuk kat dia telefon tu kan then aku turun bawah angkat kain jemuran. Bila dah repair, dia datang dekat aku..

Wayar ni yang rosak..kena kencing kucing.

Ai nak pitam malu ok..yakin marah TM tapi ni semua sebab TAM2. Malulah aku technician tu siap ketawa riang..

So aku dah boleh update tapi aku penat,malam tadi aku pegi pesta kaamatan UMS.Series bosan. Aku paling tak puas hati master of ceremony dia..first time maybe. Taknak komen lebih, tarian budak2 je yang best. Itu sahaja. Then aku pegi makan McD pukul 1 pagi with 7 of them🙂 Gemuk? Memang pun…

Cikgu Yang Kecewa

gila kentang aku membizikan diri gara2 aku dapat interview posting,tu pasal tak update. Sebok nih stadi NKRA,FPK,PIPP,MBMMBI,segala kabinet menteri, segala isu misu education,bole ke tak upsr pmr mansuh,rasional cikgu2 berpolitik..pastuh siap berpenat lelah cari balik segala sijil2 yg diperap,turun naik unibesiti amik pengesahan senat transkrip dan sewaktu dgnnya. Session aku hari nih..isnin pagi tu aku pegi cuci kereta siap baca notes tapi bila balik rumah buka facebook..mak aihhh

Kami dihalau balik..dihalang interview gara2 pengesahan senat tak valid

status kawan aku yg inteview session isnin memang menyentapkan jiwa semua..apakah?memula dekat kelantan,putrajaya,melaka..semua sama..x boleh inteview. KK ok lagi,siap lepas inteview tapi tak lama la. Naseb sama..semua balik dengan baju bergaya,rambut kemas dan otak penuh ilmu.

Nak mengamuk rasanya..tapi aku tau mengamuk ke?kawan2 dah kaw2 marah gila..maluuuu kena suruh balik.yang kitorang yg belum sampai session lagi blur nak datang ke tak. tapi kitorang decide walaupun bakal dihalau datang je,semangat kan?walaupun tau sia2 je datang..Rugi tak amik graduan cam kitorang ni tau.ni lah contoh cikgu2 yang bakal memimpin anak bangsa!🙂

nak salahkan siapa?perlu ke? pelik ya, bila kesilapan lalu tak dibetulkan,takde kemajuan namanya. tak payahla nak salahkan siapa2 cuma pihak yang terlibat buatla link antara satu dengan lain so xde isu macam nih,kerja pun buatla cepat2..4 tahun stadi tu lama,yuran bukan sikit,tolongla..siapa lagi nak tolong kan.Tak semua orang senang,banyak nak kerja cepat. Yang habis duit ratus2 gara2 interview ni pun  banyak,beli kasut beli tiket, tolak job lain..adil la nak rasa tak puas hati kan? tapi tak apa la,ini cabaran..sikit je,lepas jadi cikgu lagi kaw2 punya stress. Takkan ini pun tak tahan kan? cuma efficient kan lah perkhidmatan pada masa akan datang, tak menyusahkan byk orang. Everything happen for a reason🙂

Nak pikir lama2 jadi migraine pulak..baik buat benda lain yang berfaedah. Take away the sensation inside, bitter sweet migraine in my head..Its like a throbbing toothache of the mind. Sighhh…aku nak apply jadi maid bole? Kontekla kalo perlukan aku.

i need novacaine😥